Microsoft Word merupakan pakej perisian bagi memproses perkataan yang merujuk kepada fungsinya untuk mengolah, menyusun, dan merekabentuk teks. Perisian ini digunakan untuk membuat dokumen seperti surat, memo, kertas kerja, laporan, minit mesyuarat dan sebagainya. Perisian jenis ini telah dihasilkan oleh Syarikat Microsoft Corporation yang beroperasi di Carlifonia, Amerika Syarikat. Microsoft Word merupakan perisian memproses perkataan yang paling meluas di dunia. Terdapat pelbagai versi antaranya Word 95, Word 97, Word 2000, Word 2002, Word 2003 ,Word 2007 dan terkini Word 2010.
ELEMEN-ELEMEN MICROSOFT WORD 2007
Terdapat tiga (3) elemen utama yang berbeza iaitu Butang Office, Quick Access Toolbar dan Ribbon.
BUTANG OFFICE
Butang Office berada di bahagian atas kiri antaramuka word dan fungsi butang .Elemen ini adalah bagi menggantikan menu fail yang terdapat pada Microsoft Word versi yang terdahulu. Di dalam butang ini terdapat beberapa pilihan untuk kegunaan anda.
1) Apabila Butang Office di klik, beberapa menu pilihan akan dipaparkan seperti rajah dibawah :
2) Anda boleh memilih menu yang ada untuk menghasilkan dokumen yang baru, membuka fail yang sedia ada, menyimpan dokumen, mencetak dokumen dan beberapa lagi tugas seperti yang dapat di lihat dalam Rajah 1.2.
3) Sekiranya arahan pada menu tersebut mempunyai tanda anak panah, anda boleh memlih lagi beberapa pilihan yang dipaparkan. Rajah 1.3 menunjukkan pilihan menu save daripada Butang Office yang memberi pilihan kepada anda untuk menyimpan dokumen dalam format-format tertentu.
No comments:
Post a Comment